Monday 12 April 2021

My first and second pregnancy

 Mase adlan i kene gdm ni mse second trimester..

Sempat buat bsp sekali and dh bersalin ..

Tu pun rase mcm nk ngis sbb kene ulg alik klink..

Biasa org mgdung yg suspek gdm doktor akn arahkan minum air gula..MGTT..

I salah seorang yang kene minum gula untum kedua dua pregnancy ni.

I try to be positif.

Bila result kuar dn memang lebih dari range..habisla kau..kene buat bsp..BSP ni amik darah guna mesin reflo je.

Memang kene jage makanla..kalau tidak merahla buku tu.Takut kene on ubat diabetes atau cucuk insulin.Masa bsp i makan roti,yogurt dengan susu hl..Itu sahaja dan akan rasa lapar betul.Tapi gula cantik.

Second pregnancy ni,baru minum gula harini lepastu kene checkup seperti biasa.Mula- minum memang rasa pening lepas tu.Bila dah kene gi jalan jumpe doktor,nurse dengan dental kurang rasa pening.Harap2 okela result dia.Kalau tak oke redha jela dan kenela jaga gula elok2..Mungkin kene stop minum milo rasanya.Milo sebenarnya oke je.Tapi mungkin tak oke bagi i.Kene minum susu hl kot.Sekarang bulan puasa pulak.Cubaan di bulan puasa.

Friday 10 November 2017

Borang nikahku

Borang nikah...
Assalamualaikum...tinggal 42 hari lagi..
Untuk sesiapa yang bakal mendirikan rumah tangga seperti aku..this is the sop..
1.sila tahu tarikh nak nikah
2.sila pastikan belah lelaki dulu yang siap borang dia.
Kalau macam aku..
Aku isi online sbb aku n9..sidia selangor.
Lepas aku isi on9 tu dia akan bagi masa 14 hari untuk kita hantar ke pejabat agama.My future husband isi on9 untuk selangor dan dia kene dapatkan cop dan sign pejabat agama selangor serta saksi2nya.Sebelum tu sila buat ujian hiv dulu.Untuk selangor xde borang hiv.Hanya walk in dekat klink kesihatn kerajaan dan borang tu la digunakan.Okey dia buat sehari je siap borang dia.
Next aku..anta smue detail,dokumen dgn borang dia dekat pjbt agama i.Dia proses dalam 3 hari bekerja dan siap.Bagi borang yang dah lulus kepada pak imam msing2..Book masa dia..
*Kami buat ujian hiv sama2.
DOKUMEN PEREMPUAN
1.IC KAMU
2.IC FUTURE
3.BORG FUTURE
4.BORANG KAMU(SIGN BY PAK IMAM DAN WALI)
5.BORG AKUAN BUJG X PYH
6.SURG NIKAH MAK AYAH KAMU
7.IC AYAH KAMU(WALI)
8.MAUSTATIN X YAH KALO MMG ORG N9
9.SIJIL KURSUS KAHWIN
10.hiv test kamu

**rasanya itu sahaja..doakan yang baik2...semoga jodoh kita berpanjangan ..amin..waiting for 22.12.2017😀😀😊😁😁😊😀😁😀

Saturday 14 January 2017

Iskandar bukan zulkarnain

Tajuk:Benarkah Iskandar bukan Zulkarnain?

Secara kasarnya cerita ini adalah sejarah.Zulkarnain disebut di dalam surah Al-Kahfi.Allah berikan Zulkarnain kelebihan untuk membina halangan dari besi yang dibuatnya.Besi itu mampu menghalang kaum yakjuj makjuj dari kita.Mereka akan sentiasa cuba untuk membolos halangan ini tetapi selagi Allah tidak izinkan ianya tidak akan terjadi.
Menurut buku ini,ramai yang sedia maklum Zulkarnain yang disebutkan di dalam Al-Quran adalah Raja Iskandar.Tetapi sebenarnya Raja Iskandar bukan Zulkarnain.Raja Iskandar atau lebih dikenali sebagai Alexander The Great adalah raja yang kejam dan tidak bertanggungjawab.Setelah mereka kaji mereka dapati Raja Kurush adalah Zulkarnain yang disebutkan dalam Al Quran kerana 4 perkara ini:
1.Perjalanan ke arah terbenamnya matahari
2.Menerima wahyu daripada Allah iaitu memilih sama ada hendak mengazab ataupun membuat kebaikan
3.Perjalanannya ke arah terbitnya matahari (timur) dan menemui kaum yang tiada pelindung
4.Membina tembok menghalang yakjuj makjuj

Wallahualam..Orang barat sering mengagungkan Raja Iskandar dan mengaburi mata kita semua.Saya sangat mengalu alukan kalian membaca buku ini untuk mengetahui sejarahnya.
Sekian..

Penulis: Afareez Abd Razak Al Hafiz
Buku: Benarkah Iskandar Bukan Zulkarnain?
Keluaran:PTS

Deal with doctor

So,i have to deal with my doctor.
Selepas aku kaji dan aku rasa semua orang perasan.
Kalau kita jumpa doktor ,kita kene daftar dulu kan?
Dan kita terpaksa menunggu berjam-jam untuk sampai giliran kita kan?
Dan akhirnya bila sampai giliran dan kau masuk dalam bilik doktor tu.
Doktor cek  dalam 2-5 minit and siap..
Kau keluar amik ubat..
Tggu 2 jam jmpe doktor 2 minit..
I have to accept this,we all have to accept this..
And  in personal life this kind of doctor just cant move on with their work..
Die campurkan...2 minit je die ade mase untuk kau..
So...terimalah..die seorg yang sgt sibuk..dont give him the burden..
Just settle your problem by yourself..
He is not yours..😢

Tuesday 3 January 2017

Convocation my he..😊

Selamat berkonvo..thniah sbb lps 7 thn belajar akhirnya hari ini telah tiba..dh lame konvo baru harini wish..late wish..
I hope you will be a good doctor..semua kerana Allah SWT..and now you are waiting for your job..
Kerja ini kerja mulia,ku harap kau tidak berputus asa
Kerja ini mengajar kau semua kisah,
Jangan kau rebah
Kerja ini membuatkn kau hilang remajamu,
Namun itulah membuatkn pahala datang kepadamu
Kerja ini membuatkan kau gembira,
Apabila smua disekeliling memberi senyuman..
Selamat berjuang untuk kau,
Perjuangan sehingga bertemuNya..
InsyaAllah..

Wednesday 23 November 2016

Tujuan hidup

Tadi aku baca Al Quran,terbaca 1 ayat ni.Surah Al-An am.Ayat x igt.Macam menggambarkan hidup kita ni kat dunia xde ape2 pun.Jadi kenape nak mencuri,menipu,jadi hamba duit smue ni.Hidup kita kat dunia jeke.Sedangkan sebenarnya akhirat yang utama.Disitu kita tahu tujuan,balasan kita.Balasan baik atau buruk.Minta dielakkan kita dari terjerumus ke neraka jahannam.Nauzubillah.
Macam orang yang ingkar dgn perintah Allah.Mereka yakin tiada hidup selepas dunia ni.Macam tidak percaya akhirat.Bila dah smpai hari akhirar baru mereka menyesal.Namun memang tidal ada gunanya menyesal sewaktu itu.
Mereka itu jika dikembalikan ke dunia mereka tetap akn ingkar perintah Allah dan Rasulllah.
Janganla kita menjadi seperti itu.Sama2 memperingati sesama islam.Amin..

Sakittt

Untuk aku,kalau kita sakit.Jangan kita menjerit2 kerana itu akan membuatkan kita lagi sakit.Seeloknya,kita nikmati sakit  tu.
Sakit dari Allah,untuk menghapus dosa-dosa kecil kita.Semua orang maklumkan semua itu?
Jangan merungut,sakit juga ujian.Bagaimana Allah nak tahu kita beriman dekat dia kalau dia uji sedikit kita dah goyah.
Kita sepatutnya bersyukur sbb Allah bagi kita cara untuk hapuskan dosa-dosa kita.Kita banyak sangat dosa smpai boleh rosakkan hati.
Aku berdoa,kesakitan ini akan pulih dengan izinNya.Selepas kesusahan ada kesenangan.Kita kau aku perlu bersabar untuk kemenangan itu....