Saturday 14 January 2017

Iskandar bukan zulkarnain

Tajuk:Benarkah Iskandar bukan Zulkarnain?

Secara kasarnya cerita ini adalah sejarah.Zulkarnain disebut di dalam surah Al-Kahfi.Allah berikan Zulkarnain kelebihan untuk membina halangan dari besi yang dibuatnya.Besi itu mampu menghalang kaum yakjuj makjuj dari kita.Mereka akan sentiasa cuba untuk membolos halangan ini tetapi selagi Allah tidak izinkan ianya tidak akan terjadi.
Menurut buku ini,ramai yang sedia maklum Zulkarnain yang disebutkan di dalam Al-Quran adalah Raja Iskandar.Tetapi sebenarnya Raja Iskandar bukan Zulkarnain.Raja Iskandar atau lebih dikenali sebagai Alexander The Great adalah raja yang kejam dan tidak bertanggungjawab.Setelah mereka kaji mereka dapati Raja Kurush adalah Zulkarnain yang disebutkan dalam Al Quran kerana 4 perkara ini:
1.Perjalanan ke arah terbenamnya matahari
2.Menerima wahyu daripada Allah iaitu memilih sama ada hendak mengazab ataupun membuat kebaikan
3.Perjalanannya ke arah terbitnya matahari (timur) dan menemui kaum yang tiada pelindung
4.Membina tembok menghalang yakjuj makjuj

Wallahualam..Orang barat sering mengagungkan Raja Iskandar dan mengaburi mata kita semua.Saya sangat mengalu alukan kalian membaca buku ini untuk mengetahui sejarahnya.
Sekian..

Penulis: Afareez Abd Razak Al Hafiz
Buku: Benarkah Iskandar Bukan Zulkarnain?
Keluaran:PTS

No comments:

Post a Comment